4 Perkara Yang Sering Kita Kongsi Bersama Di Bulan Ramadan - MekLISA !

TERBARU

MekLISA !

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA SIAPA TAHU

test banner

Tuesday, 12 June 2018

4 Perkara Yang Sering Kita Kongsi Bersama Di Bulan Ramadan


Di bulan Ramadan inilah kita belajar untuk tidak membazir dan salah satu cara untuk elak pembaziran adalah dengan berkongsi.

Kita masih berbaki 10 hari di bulan Ramadan dan jom kita recap perkara-perkara yang sering kongsi sepanjang bulan Ramadhan ini.


1. Desserts/kuih muih


Mata apabila ke bazar Ramadan pasti terus jadi rambang lagi-lagi apabila melihat kuih muih. Warna kuih yang berwarna-warni memang buat kita terliur.

Rasanya kita dan rakan selalu sahaja beli kuih yang berlainan sebabnya nanti ketika berbuka, dapatlah merasa setiap kuih yang dibeli.

2. Kurma


Kalau tak ada kurma, tak lengkaplah Ramadan. Ini adalah juadah paling mudah untuk didapati sepanjang Ramadan dan juga sangat mudah untuk dikongsi bersama.

Ada juga yang siap sedia satu kotak kurma di dalam kereta. Jika anda pulang dari kerja dan tak sempat sampai ke rumah tepat pada waktu berbuka, sekurang-kurangnya anda ada buah kurma untuk dimakan kan? Kalau ada rakan yang menumpang, beliau pun bersyukur dapat berbuka dengan buah kurma yang ada.


3. Kereta


Kita dah tahu kalau ke bazar Ramadhan, mesti susah hendak cari parking. Apa solusi untuk permasalahan ini? Carpool sahaja dengan teman atau keluarga. Disamping lebih mudah, dapat jimat minyak dan masa untuk cari parking bukan?

Carpool ini bagus sebenarnya. Kalau nak bershopping ke Jalan TAR pun senang kalau kongsi kereta ini. Jadi berkongsi kereta ini boleh kata sesuatu yang sangat penting di bulan Ramadan ini.


4. Seterika


Paling crucial terutamanya pada minit-minit terakhir sebelum hari raya. Siapa sahaja yang mahu pakai baju kedut di pagi raya kan? Jika anda pulang raya awal di kampung, memang kena berbarislah sebab biasanya seterika ada satu sahaja.

Tip untuk elak kesesakan ini adalah bawa sendiri seterika anda dari rumah ketika pulang ke kampung. Tidaklah anda bersesak dengan saudara mara anda nanti! 

No comments:

Post a Comment