Peruntukan Gaji, Emolumen Agong Dikurangkan 10 Peratus - MekLISA !

TERBARU

MekLISA !

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA SIAPA TAHU

test banner

Tuesday, 12 June 2018

Peruntukan Gaji, Emolumen Agong Dikurangkan 10 Peratus


Sultan Muhammad V memberi perkenan agar peruntukan gaji dan emolumen sebagai Yang di-Pertuan Agong dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka sehingga 2021.

Melalui Kenyataan Media Istana Negara, dimaklumkan bahawa Sultan Muhammad V amat prihatin terhadap tahap hutang negara dan keadaan ekonomi negara. Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan yang telah diwujudkan oleh Kerajaan baru-baru ini.


Wan Ahmad Dahlan juga berkata bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Seri Paduka bertitah untuk tidak mengadakan majlis rumah terbuka di Istana Negara.
Anggaran peruntukan kewangan untuk majlis rumah terbuka tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik, katanya.

No comments:

Post a Comment