Jom kita tengok bahan-bahan membuat kek batik lembut special ni.
- 18 keping biskut Marie mana-mana jenama . Tapi nak sedap pilih seperti dalam pic ni jenama Morris
- 3/4 susu tin pekat manis
- 5 sudu besar milo
- 1 sudu besar serbuk koko. Nak best guna brand van houten
- 200 gram buttercup
- loyang 4 segi saiz 7-8 ya.
- plastik pembungkus nasi
Bahan
– bahan dah cukup semua, jom kita tengok cara buat kek batik ni.Rujuk
pada gambar ya. Untuk tips elakkan bahan adunan hangit, guna api kecil
sahaja dan non stick pan ya.
#1: Panaskan kuali. Masukkan 200 gram buttercup. Guna api perlahan je.Bila butter mula mencair, masukkan 3/4 susu pekat. Kacau rata adunan
#1: Panaskan kuali. Masukkan 200 gram buttercup. Guna api perlahan je.Bila butter mula mencair, masukkan 3/4 susu pekat. Kacau rata adunan
#2: Seterusnya , masukkan 5 sudu besar milo dan 1 sudu besar serbuk kokoKacau rata sehingga adunan menjadi sedikit likat berkilat.
#3: Tutup api . Tak sampai 10 minit je proses ini semua. Boleh mula patah-patahkan biskut Marie Gaul rata. Hancurkan sedikit dengan senduk kayu untuk dapatkan tekstur seperti dalam gambar. Sediakan loyang dan plastik .
#4: Masukkan ulapisan pertama. Kemaskan adunan di
segenap ruang loyang. Gunakan lebihan plastik tu untuk menekan adunan.
Ulang langkah yang sama sehingga adunan habis.Tekan kuat sikit supaya
adunan kek batik menjadi padat dan kemas.
#5: Dah siap tekan, boleh tambah toping kesukaan
anda jika mahu.Nak letak nutella, oreo atau cream cheese, terpulang
ya.Tutup adunan tadi dengan plastik dan sejukkan 3-6 jam atau semalaman
dalam petui sejuk.
#6: Keluarkan kek dan potong dengan pisau yang tajam.Mula-mula potong memanjang setebal 1 1/2 inci setiap lajur. Potong lagi jadi empat segi membentuk blok kecil. Siap. Best tau resepi ni.Selamat mencuba.

No comments:
Post a Comment