Resepi Kek Lumut Cheese Kukus - MekLISA !

TERBARU

MekLISA !

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA SIAPA TAHU

test banner

Tuesday 12 June 2018

Resepi Kek Lumut Cheese Kukus


Bahan Resepi Kek Lumut Cheese Kukus Bahagian Lumut  : 

  • 10 biji telur telur ayam
  • 450 gram butter/mentega
  • 1 cawan gula halus
  • 200 gram horlicks
  • 1 cawan tepung hongkong(diayak)
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 60 ml pandan pes
  • 1 cawan susu tepung
  • Sedikit esen vanila
Untuk resepi kek ini, gunakan sukatan cawan metrik ukuran standard untuk hasil yang mengagumkan.

Cara Penyediaan Bahagian Kek Lumut :

#1: Pukul gula,esen vanilla dan mentega sampai kembang dan putih.Masukkan telur satu persatu.(masuk sebiji,pukul,masuk lagi sebiji,pukul lagi,buat sampai habis) pukul sampai sebati.Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.


#2: Masukan pula horlicks,susu tepung,pukul sebati lagi.Baru masukan tepung hong kong. Gaul rata guna senduk sahaja sampai betul-betul sebati.

Bahagikan kepada dua bahagian dan guna loyang saiz 9X9. Kukus bahagian bawah hijau dulu dalam anggaran 30 minit ,baru kita akan lapiskan dengan  bahagian cheese mengikut resepi di bawah.Guna api sederhana ya.


Bahan Resepi Bahagian Cheese Kek Lumut Cheese : 

  • 750 gram cream cheese
  • 3 biji telur ayam
  • 4 sudu makan tepung hong kong
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • 1 cawan gula halus
Tepung hong kong mudah didapati di pasaraya mydin dan juga bakeri ya.
Cara Penyediaan Bahagian Cheese : 

#1: Satukan semua bahan di atas .Pukul sampai rata dan sebati.

#2: Lapis diatas bahagian hijau yg pertama tadi.Kukus sampai permukaan cheese masak dalam anggaran  minit,baru lapiskan dengan bahagian hijau yg terakhir.Kukus selama lebih kurang 2jam 1/2 lagi untuk keseluruhan kek masak.


Check air kukusan untuk elak kering. Untuk pastikan kek lumut cheese dah masak atau belum ,cucuk tengah kek dgn lidi.kalau lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak.

Anda mesti dah tahu kalau kek original Sarawak mesti tak guna baking powder, soda bikarbonat tapi bergantung kepada penggunaan telur dan juga tempoh waktu mengukus yang sedikit lama untuk jadikan kek lembab dan lembut.

4 comments:

  1. Berapa minit nak kukus lapisan cheese tu?

    ReplyDelete
  2. Berapa lama kukus lapisan cheese

    ReplyDelete
  3. Masyaallah... Menjadi Rupa kek saya sebijik mcm gambar kek meklisa.. Terima kasih.. Murah rezeki meklisa

    ReplyDelete
  4. Masyaallah... Menjadi Rupa kek saya sebijik mcm gambar kek meklisa.. Terima kasih.. Murah rezeki meklisa

    ReplyDelete